Siapa Saya

Salam sejahtera, saya Farhana, pengusaha home made cookies di Johor Bahru. Namun begitu ramai juga pelanggan yang berada di luar Johor. Terutamanya pada musim hari raya, biasanya saya akan senaraikan ejen-ejen kuih raya yang boleh anda hubungi, di kawasan terdekat.

Emak merupakan inspirasi utama saya untuk mencuba pelbagai resipi masakan.Tambahan pula selepas kahwin, tambah lagi seorang emak (emak mertua). Manakala suami tersayang merupakan pencetus idea blog Resipi Emak dan penyokong utama saya (juga merangkap jurufoto, kadang-kadang kena hantar kuih juga…he he he). Saya bermula dengan order kecil-kecilan pada 2008 di blog peribadi saya www.mypinkdaisy.wordpress.com Namun sambutan yang diterima ketika itu memang di luar jangkaan saya dan dari situlah bermulanya blog Resipi Emak. Sejak blog ini dilancarkan, sedar tak sedar order makin bertambah saban tahun. Alhamdulillah. Terima kasih semua penyokong ‘resipi emak’.

Buat pengetahuan semua, cookies Resipi Emak ada sepanjang tahun…melainkan diberitahu cuti ..Cookies yang saya sediakan adalah sepanjang tahun, untuk makan-makan bersama keluarga, door gift untuk majlis perkahwinan, parti hari jadi dan macam-macam majlis lagi. Ada juga dijadikan sebahagian isi kandungan hamper.

Serba sedikit lagi tentang saya. Selain membaca dan melayari internet, minat utama saya ialah resipi masakan. Tidak kira majalah, buku atau di televisyen, malah Junior Master Chef pun saya follow  :)…Oh ya, Pink Daisy Art & Bakery adalah enterprise milik saya untuk menguruskan projek Resipi Emak. Selepas tamat pengajian di universiti, saya ada juga berkecimpung dalam bidang grafik dan dari situlah minat dalam art and design mula muncul lebih-lebih lagi hand made art, tapi sayangnya belum ada masa untuk benar-benar fokus. Mungkin satu hari nanti, Insya Allah.

Resipi Emak juga ada menghuni Facebook di SINI. Ada juga info-info yang saya update di sana sahaja kerana lebih pantas dan ringkas.

Saya harap anda semua enjoy melayari Resipi Emak. 🙂

Kongsikan dengan rakan anda!

Comments

  1. Salam, suka saya hendak dapatkan katalog kuih raya tahun 2012. Tolong hantar melalui email address saya. Terima kasih.

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)