Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya para pelanggan kami dan pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga anda semua dapat meraikan hari raya di samping keluarga tersayang dan juga sahabat handai sekalian. Selamat enjoy kuih-kuih raya dari kami, Resipi Emak! :)

 

p/s: Di sini ada sedikit pesanan khidmat masyarakat dari kami:

(1) kepada yang akan ziarah menziarah jangan abaikan keselamatan anda di jalanraya.

(2) yang lama meninggalkan rumah tu nanti, jangan lupa maklumkan kepada balai polis berdekatan dan jiran-jiran.

(3) bagi yang tak ke mana-mana (beraya di bandar) simpan nombor panggilan kecemasan balai berdekatan. Bagi nombor panggilan balai Polis 24 jam kawasan sekitar Tampoi dan Skudai, boleh hubungi 075563122.

(4) mulakan hari dengan niat dan doa semoga dipermudahkan-Nya. Insya Allah.

Kongsikan dengan rakan anda!

100% Lengkap

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sampai juga kita ke minggu terakhir Ramadhan. Kami di Resipi Emak mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan kami sama ada yang baru, atau yang lama (dan setia).

Kini telah selesai 100% penghantaran kepada semua pelanggan. Diharap anda semua berpuas hati menikmati kuih raya kami. Kami juga memohon maaf kerana dalam segala perancangan yang kami lakukan, ada juga sedikit sebanyak kekurangan dan kelemahan yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa. Insya Allah.

Terima kasih, sekali lagi. :)

p/s: buat sementara waktu Resipi Emak akan berehat (tutup kedai) dari hari ini sehingga diberitahu kelak, selewatnya mungkin sehingga 15 Syawal.

Gambar kredit norwichartscentre.co.uk

Kongsikan dengan rakan anda!

Pemenang “Resipi Emak Ramadhan Giveaway”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang dijanjikan ini adalah senarai pemenang contest “Resipi Emak Ramadhan Giveaway”. Kami akan hubungi anda untuk proses penghantaran hadiah. Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada peserta-peserta lain, anda semua memang sporting. :)

 

Tempat pertama: Serene Ojouhana

Rich Temptation & Almond Strawberry

Jumlah “LIKE” – 119

Hadiah: Rich Temptation Cookies, Almond Strawberry & Cookies Combo Set (Choc Chip Cookies, Rich Temptations & Oat and Almond cookies)

 

Tempat kedua: Ninaz Syafinaz 

Tart Nenas Kekwa & Frozen Kenari

Jumlah “LIKE” – 96

Hadiah: Cookies Combo Set (Choc Chip Cookies, Rich Temptations & Oat and Almond).

 

Tempat ketiga: Lily Mirza

Almond Strawberry & Mama Carrie

Jumlah “LIKE” – 23

Hadiah: 2 bekas (300 gram) original Chocolate Chip Cookies.

 

Kongsikan dengan rakan anda!

Salam Ramadhan 1433 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini sudah hari kedua Ramadhan, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua umat Islam. Moga kita dapat menempuhi Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan taqwa. Insya Allah.

p/s: Resipi Emak ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang turut serta dalam peraduan “Ramadhan Giveaway”. Kami akan mengumumkan pemenang dalam masa terdekat sebelum 5 Ramadhan 1433  nanti :)

Kredit gambar: Reuters

Kongsikan dengan rakan anda!

Blog contest: Ramadhan giveaway

Assalamualaikum.

Dalam masa dua minggu lagi kita bakal menemui bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Insya Allah.

Resipi Emak seperti tahun sebelum ini akan mengadakan satu blog contest “Resipi Emak Ramadhan Giveaway”. Ini peluang anda untuk menjamu kuih-kuih Resipi Emak semasa berbuka puasa. :)

Ok, apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini;

(1) Pertandingan bermula hari ini, 9 Julai 2012 dan tarikh tutup ialah pada 16 Julai 2012.

Update: Tarikh tutup “Resipi Emak Ramadhan Giveaway” dipanjangkan sehingga 20 Julai 2012. Harap Maklum.

(2) Untuk menyertai anda perlu “SHARE” 2 gambar dari album KUIH RAYA 2012 di Facebook Resipi Emak. Pilih gambar kuih Raya yang anda benar-benar minat.

(3) Selepas itu tinggalkan username Facebook anda dan nama 2 kuih yang anda pilih itu di ruangan komen entri ini.

(4) Pemenang akan dipilih berdasarkan JUMLAH “LIKE” yang anda terima di page FACEBOOK anda bagi kedua-dua gambar itu.

Hadiah-hadiah ialah;

Hadiah Pertama: 2 jenis kuih raya yang anda SHARE di Facebook anda + Cookies Combo Set (Choc Chip Cookies, Rich Temptations & Oat and Almond cookies). Bernilai lebih RM100.

Hadiah Kedua: Cookies Combo Set (Choc Chip Cookies, Rich Temptations & Oat and Almond).

Hadiah Ketiga: 2 bekas (300 gram) original Chocolate Chip Cookies.

p/s: segala keputusan/pemilihan pemenang adalah muktamad.

Kongsikan dengan rakan anda!