Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya para pelanggan kami dan pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga anda semua dapat meraikan hari raya di samping keluarga tersayang dan juga sahabat handai sekalian. Selamat enjoy kuih-kuih raya dari kami, Resipi Emak! 🙂

 

p/s: Di sini ada sedikit pesanan khidmat masyarakat dari kami:

(1) kepada yang akan ziarah menziarah jangan abaikan keselamatan anda di jalanraya.

(2) yang lama meninggalkan rumah tu nanti, jangan lupa maklumkan kepada balai polis berdekatan dan jiran-jiran.

(3) bagi yang tak ke mana-mana (beraya di bandar) simpan nombor panggilan kecemasan balai berdekatan. Bagi nombor panggilan balai Polis 24 jam kawasan sekitar Tampoi dan Skudai, boleh hubungi 075563122.

(4) mulakan hari dengan niat dan doa semoga dipermudahkan-Nya. Insya Allah.

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)