Blog contest: Ramadhan giveaway

Assalamualaikum.

Dalam masa dua minggu lagi kita bakal menemui bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Insya Allah.

Resipi Emak seperti tahun sebelum ini akan mengadakan satu blog contest “Resipi Emak Ramadhan Giveaway”. Ini peluang anda untuk menjamu kuih-kuih Resipi Emak semasa berbuka puasa. 🙂

Ok, apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini;

(1) Pertandingan bermula hari ini, 9 Julai 2012 dan tarikh tutup ialah pada 16 Julai 2012.

Update: Tarikh tutup “Resipi Emak Ramadhan Giveaway” dipanjangkan sehingga 20 Julai 2012. Harap Maklum.

(2) Untuk menyertai anda perlu “SHARE” 2 gambar dari album KUIH RAYA 2012 di Facebook Resipi Emak. Pilih gambar kuih Raya yang anda benar-benar minat.

(3) Selepas itu tinggalkan username Facebook anda dan nama 2 kuih yang anda pilih itu di ruangan komen entri ini.

(4) Pemenang akan dipilih berdasarkan JUMLAH “LIKE” yang anda terima di page FACEBOOK anda bagi kedua-dua gambar itu.

Hadiah-hadiah ialah;

Hadiah Pertama: 2 jenis kuih raya yang anda SHARE di Facebook anda + Cookies Combo Set (Choc Chip Cookies, Rich Temptations & Oat and Almond cookies). Bernilai lebih RM100.

Hadiah Kedua: Cookies Combo Set (Choc Chip Cookies, Rich Temptations & Oat and Almond).

Hadiah Ketiga: 2 bekas (300 gram) original Chocolate Chip Cookies.

p/s: segala keputusan/pemilihan pemenang adalah muktamad.

Kongsikan dengan rakan anda!

Comments

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)