Muffin Wedding Doorgift

Salam dan Hai kepada semua!

Agak lama juga saya tidak meng’update’ entri baru dalam Resipi Emak. Saya pasti ramai antara pembaca blog ini pastinya masih sedang menikmati percutian bersama pasangan atau keluarga. Tidak ketinggalan juga yang sedang membantu persiapan untuk majlis perkahwinan. Maklumla di penghujung tahun, biasanya adalah musim percutian dan majlis perkahwinan. Jadi saya pun tak ketinggalan turut sama memenuhi undangan perkahwinan salah seorang sahabat sambil bercuti-cuti Malaysia bersama suami :).

Selepas pulang dari percutian, saya telah mula sibuk dengan tempahan-tempahan untuk doorgift perkahwinan, perayaan Krismas yang bakal menjelang dan juga Chinese New Year. Berikut adalah beberapa shot chocolate chip muffin yang dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan Nurliana dari Pasir Gudang pada 11 Disember 2011. Selamat Pengantin Baru!




Muffin ini terdapat dalam beberapa perisa iaitu Chocolate Chip, Vanilla, Orange Poppy Seed dan Blueberry.
Kepada yang berminat untuk membuat tempahan muffin doorgift, boleh hantarkan email ke resipiemak@gmail.com atau hubungi 017 751 4363 (Farhana).

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)