Kursus Bakeri dan Kulinari

Salam dan Hai kepada semua pembaca!

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Saya pasti ramai yang telah dapat mencapai resolusi dan ‘target’ 2011 dan sedang merancang ‘target’ baru 2012 pula. Begitu juga kepada adik-adik kita yang baru mengambil keputusan peperiksaan PMR baru-baru ini. Ada yang cemerlang dan ada juga yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan. Itulah asam garam kehidupan. Kadang-kala kita tidak mendapat apa yang kita impikan kerana ‘belum’ tiba masanya buat kita. Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Kita perlu terus berusaha serta jangan berputus asa mengejar impian! Apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit dari kegagalan atau kejatuhan kita.

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai program kulinari. Saya telah berpeluang mendapatkan info ini pada hujung minggu yang lalu di Facon Education Fair yang berlangsung di Persada Johor. Saya rasakan info ini amat berguna terutamanya kepada adik-adik kita yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM pada bulan November lalu.

Bagi adik-adik yang sedang meninjau program yang ingin dipilih untuk melanjutkan pelajaran nanti, mungkin anda boleh mempertimbangkan bidang penyediaan makanan, bakeri dan kulinari. Terdapat beberapa kolej, institut atau akademi yang menawarkan program dalam bidang bakeri dan kulinari di Malaysia. Berikut disenaraikan info ringkas mengenai program-program yang ditawarkan:

Malaysian Institute of Baking (MIB)

Kursus yang ditawarkan:
Diploma in Baking Science & Technology (BST)
Advance Certificate in Baking
Certificate in Baking
Certificate in Cake Decoration

Maklumat untuk dihubungi:
Malaysian Institute of Baking
11, Jalan 52/8, New Town,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03 7956 9011 / 7956 9043 / 7955 2950
Emel: info@mib.edu.my
Laman web: www.mib.edu.my


Sugarcraft Baking & Culinary Academy

Kursus yang ditawarkan:
Certificate in Baking Science & Technology (Kursus Bakeri Sepenuh Masa)
Certificate in Cooking Science (Kursus Seni Kulinari Sepenuh Masa)
Certificate in Baking (Kursus Separuh Masa)
Certificate in Baking & Culinary Arts (Kursus Pendek)
Certificate in Cake Decoration (Kursus Pendek)

Maklumat untuk dihubungi:

Kampus KL
Sugarcraft Baking & Culinary Academy Sdn. Bhd.
No. 70, First Floor,
Jalan Radin Tengah
Bandar Baru Seri Petaling
57000 Kuala Lumpur
(Sebelah KFC)

Telefon:  03 9058 7910 / 6292
Fax: 03 9057 6558

Kampus Johor Bahru
Sugarcraft Baking & Culinary Academy Sdn. Bhd.
No 43, Jalan Harmonium 33/1,
Taman Desa Tebrau,
Johor Bahru,
81100 Johor

Telefon: 07 352 8822
Fax :07 357 8822

Emel: enquiry@sugarcraft.edu.my
Laman web: www.sugarcraft.edu.my

INSTITUT HOSPITALITI YPJ (IHYPJ)

Kursus yang ditawarkan:
Diploma Pengurusan Perhotelan
Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari

Maklumat untuk dihubungi:
Institut Hospitaliti YPJ
3 Jalan Seri Perkasa 1/4
Taman Tampoi Utama
81200 Johor Bahru

Telefon: 07 2415384 / 07 2415386
Fax : 07 2415385
Emel:  mahalias@yahoo.com

Laman web: hospitalitiypj.blogspot.com

Silverspoon International College (SSiC)

Kursus yang ditawarkan:
Advance Diploma in Culinary Arts
Diploma in Food Preparation and Cooking
Diploma in Patisserie
Diploma in Food & Beverage Service
SKM Certificate in Culinary Arts
SKM Certificate in Patisserie Arts
SKM Certificate in Food & Beverage Service
Action P.A.C.K – Pastry and Culinary Kookout (Kursus Sehari)
Teachers P.A.C.K – (Kursus Hujung Minggu)
Home Inspired P.A.C.K – (Kursus Sehari)

Maklumat untuk dihubungi:
12-12a, Jalan OP 1/3,
Pusat Perdagangan One Puchong,
Off Jalan Puchong,
47160 Puchong, Selangor.

Telefon:  03 8075 9923
Fax : 03 8076 9953
Emel: info@silverspoon.edu.my

Laman web: www.silverspoon.edu.my

Silver Chef Creations

Kursus yang ditawarkan:
Diploma in Patisserie (Kursus Sepenuh Masa)
Certificate in Baking (Kursus Separuh Masa)

Maklumat untuk dihubungi:
Professional Baking & Culinary Arts Academy
Lot 2-7 & 2-8, 2nd floor, PV128, Jalan Genting Kelang,
Setapak, 53300, Kuala Lumpur.

Telefon: 03 41317228
Fax : 03 41317228
Emel: enquiry@silver-chef.com

Laman web: www.silver-chef.com

ECOLE DE PATISSERIE SDN. BHD.  (SCHOOL OF PASTRY)

Kursus yang ditawarkan:
Advanced Diploma in Patisserie
Diploma in Patisserie
Certificate in Patisserie (Kursus Sebulan)
Professional Courses (Wedding Cake, Contemporary Platted Desserts, Cakes & Gateaux,
Patisserie on Chocolate Theme,Chocolate Work, French Pastries, Individual Gateaux, Sweet Petit Four,Work with Marzipan, Novelty Cake & Sugar Figurines, Frozen Desserts,Tarts & Pies,
Butter Sculpture)

Maklumat untuk dihubungi:
ECOLE DE PATISSERIE SDN. BHD.  (SCHOOL OF PASTRY)
17-1 &  17-2, Jalan PJU 8/5A Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Near IKEA or One Utama)

Telefon: 03 77221621 / 012 3086362 (ANDREW)
Fax: 03 7726 6362
Emel: admin@faithbaking.com

Laman web: www.faithbaking.com

Butter and Olive Baking Academy

Kursus yang ditawarkan:
Diploma in Patisserie & Practice Taiwan (Kursus Sepenuh Masa)
Certificate of Proficiency in Baking (Kursus Separuh masa)
Cake Decoration Course (Kursus Pendek)

Maklumat untuk dihubungi:

Cawangan Kuala Lumpur (HQ)
Butter and Olive Baking Academy Sdn Bhd (Co. No. 898059-D)
No 32-1, Jalan Puteri 2/5, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Telefon: 03 8068 6249
Fax: 03 8068 6249
H/P: 016 215 3351

Cawangan Johor Bahru
60, Jalan Indah 8/15,
Taman Bukit Indah,
81100 Johor Bahru
(near Bukit Indah Jaya Jusco)
Telefon: 07 232 5568
Fax:  07 232 5568
H/P: 016 215 3351

Cawangan Pulau Pinang
No 332-A, Ground Floor,
Perak Road 11600,
Penang.

Tel : 04 281 8233
H/P : 016 455 6666

Emel: info@butterandolive.com
Laman web: www.butterandolive.com

Diharapkan maklumat ringkas yang telah saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog Resipi Emak. Terutamanya adik-adik yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang bakeri, juga mungkin bermanfaat bagi kaum wanita yang berminat untuk menambah kemahiran dalam bidang bakeri terutamanya surirumah atau usahawan kecil seperti saya :)

Kongsikan dengan rakan anda!

2 thoughts on “Kursus Bakeri dan Kulinari

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)