Resipi Emak dan jemputan WAVES Magazine

Salam dan Hai kepada semua pengunjung Resipi Emak!

Minggu ini merupakan minggu terakhir Syawal menandakan telah hampir berakhir Aidilfitri yang diraikan oleh seluruh umat Islam. Saya juga telah selesai mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri bagi menjamu keluarga, saudara-mara dan kenalan-kenalan rapat. Bagi saya, saya telah melalui bermacam-macam pengalaman pada Ramadhan dan Syawal kali ini yang telah memberikan banyak pengajaran yang amat berharga buat diri saya.

Antara pengalaman menarik saya pada tahun ini yang ingin saya kongsikan bersama pembaca setia blog Resipi Emak ialah jemputan oleh Majalah WAVES. Menjelang Ramadhan yang lalu, saya telah menerima email daripada pihak Majalah WAVES. Email tersebut menyatakan bahawa Resipi Emak telah terpilih untuk dijadikan salah satu artikel di dalam majalah WAVES bagi keluaran Ogos 2011 yang memfokuskan tentang musim Hari Raya. Sebelum saya berkongsi artikel tersebut, biar saya ceritakan sedikit tentang Majalah WAVES.

WAVES merupakan sebuah majalah berbahasa Inggeris sepenuhnya yang diterbitkan setiap bulan secara percuma. Ia telah dterbitkan buat pertama kalinya pada 17 Julai 2011 dan mensasarkan pembaca dalam golongan yang berumur 18 – 35 tahun. Majalah WAVES diterbitkan khususnya untuk warga Johor Bahru dan boleh didapati di beberapa tempat dalam kawasan Johor Bahru dan juga Singapura. Antara maklumat yang dimuatkan di dalam Majalah WAVES ialah aktiviti-aktiviti terkini yang sedang atau bakal diadakan dalam daerah Johor Bahru khususnya dan di daerah lain dalam negeri Johor amnya. Berikut ialah artikel mengenai Resipi Emak yang telah dimuatkan di dalam majalah WAVES keluaran Ogos 2011 yang lalu.

Klik imej untuk melihat saiz sebenar.

Antara lokasi terpilih di mana anda boleh mendapatkan majalah WAVES ini ialah di City Square JB, AEON Bukit Indah, AEON Tebrau City, KSL City Mall, Plaza Pelangi dan Sutera Mall di Johor Bahru. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai majalah WAVES dan di mana lokasi-lokasi lain anda boleh mendapatkan majalah ini secara percuma, sila layari laman Facebook berikut:

http://www.facebook.com/notes/waves/waves-venue-list/178997045498175

atau layari laman web berikut untuk memuat turun majalah WAVES versi digital:

http://jbcool.com/

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)