Perbezaan .com dan .com.my

Salam & Hai kepada semua pengunjung dan fans Resipi Emak!

Kali ini saya ingin kongsikan sedikit info yang saya rasakan berguna bagi semua pengguna internet terutamanya para blogger yang terlibat dengan ‘online business’. Baru-baru ini saya sibuk membuat
‘research’ tentang ‘domain name’ yang bersesuaian bagi Resipi Emak. Saya ingin mendaftarkan ‘domain name’ bagi Resipi Emak untuk kemudahan di masa akan datang.

Bagi sesiapa yang kurang pasti tentang ‘domain name’, berikut ialah definasi yang saya rujuk dari Wikipedia:

Domain Name – A series of alphanumeric strings separated by periods, such as www.oup-usa.org, serving as an address for a computer network connection and identifying the owner of the address. The last three letters in a domain name indicate what type of organization owns the address: for instance, .com stands for commercial, .edu for educational, and .org for nonprofit

Di sini saya ingin kongsikan mengenai perbezaan .com dan .com.my. Kalau ditanya, kebanyakan individu berpendapat, perbezaan pada .com dan .com.my hanyalah pada yuran tahunannya. Di mana yuran tahunan untuk .com.my lebih mahal sedikit berbanding yuran tahunan untuk .com. Mengikut ‘research’ yang telah saya lakukan, harga untuk pendaftaran .com.my ialah antara RM80-RM120. Manakala harga untuk pendaftaran .com hanya antara RM40-RM60 bergantung kepada syarikat yang anda pilih.

Tetapi masih terdapat perkara yang perlu anda ketahui mengenai perbezaan atau kelebihan penggunaan domain .com.my berbanding .com.  Pertama sekali perlu diketahui, anda perlu menyertakan dokumen pengesahan atau sijil pendaftaran syarikat (dari SSM) sekiranya anda ingin mendaftarkan domain .com.my. Manakala tiada sebarang dokumen pengesahan diperlukan sekiranya anda hanya ingin mendaftarkan domain .com.

Bermakna mana-mana individu boleh mendaftarkan domain .com tanpa memerlukan sebarang dokumen pendaftaran syarikat. Asalkan alamat surat-menyurat yang diberikan terbukti kewujudannya, maka mana-mana individu boleh mendapatkan domain bagi blog atau laman web peribadinya. Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat di Malaysia lebih berminat menggunakan domain .com.my kerana penggunaan domain .com.my membuktikan bahawa syarikat tersebut adalah merupakan syarikat yang sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan boleh dipercayai.

Dengan itu, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Sekiranya masa mengizinkan, di masa akan datang saya akan berkongsi pula dengan anda cara-cara mendaftarkan domain name dan di mana anda boleh membuat pendaftaran tersebut  (berdasarkan pengalaman saya). Harapan saya semoga sedikit info yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih domain yang bersesuaian untuk laman web atau blog anda :).

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)