Salam Aidilfitri buat semua.

Selamat Hari Raya Aidilifitri dan maaf zahir dan batin kepada semua yang berurusan dengan kami. Pelanggan, agen, supplier, rakan atau partner, pembantu-pembantu.

Jika ada kesilapan yang kami terlepas pandang yang mungkin mengguris perasaan anda, kami dahulukan dengan maaf zahir dan batin. Sesungguhnya kami sedia maklum kita manusia sentiasa ada khilaf dan serba kekurangan. Dalam lembut lidah dan gurau senda pun ada kala kita terlanjur kata, terkasar bahasa.

Kepada yang memandu jauh untuk pulang ke kampung,kami doakan anda sampai selamat untuk beraya  samping keluarga. Insya Allah.

Marilah kita sama-sama raikan kemenangan di 1 Syawal ini setelah sebulan memenuhi tuntutan agama.

p/s: Saya pun dah tak sabar nak beraya ni.  Rendang, lemang, ketupat, ayam masak merah, lemak cili api, sayur lodeh…hmmm itu semua menu wajib. 🙂 Tapi yang paling best ialah saat-saat berada di samping orang-orang tersayang, keluarga kita. Priceless kan. Sebab itu saya tulis “saat-saat”…bukan minit, bukan jam, bukan hari.

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)