Kuih Raya 2011

Salam dan Hi kepada semua Fans & pengunjung Resipi Emak!!

   Maaf kerana RE agak lama menyepikan diri dari blog dan juga ‘fan page’. RE tersangat² sibuk awal tahun 2011 ini. Walaubagaimanapun, terima kasih RE ucapkan kepada pelanggan, fans dan juga pengunjung lain yang selalu setia mengunjungi blog dan ‘fan page’ Resipi Emak. Oleh kerana itu, RE ingin mengumumkan satu berita baik. Resipi Emak kini telah kembali aktif dan sudah mula menerima tempahan cookies semula!

  RE kini masih dalam proses menyiapkan senarai harga promosi pra-Ramadhan untuk para pelanggan. Oleh kerana RE telah lama menyepikan diri, jadi RE akan membuat promosi istimewa dengan harga DISKAUN untuk jualan pra-Ramadhan. RE juga telah mula sibuk dengan ‘survey’ kuih raya bagi persiapan Kuih Raya 2011 dan juga Hamper Hari Raya. InsyaAllah, di samping penjualan cookies, RE akan menjual kuih raya yang lain juga seperti tahun² sebelumnya. RE juga akan memperkenalkan beberapa kuih raya baru juga pada tahun 2011 ini.

  Oleh itu, kepada semua PELANGGAN, FANS dan EJEN KUIH RAYA jangan lupa nantikan promosi pra-Ramadhan, Hamper Raya dan promosi Kuih Raya 2011 daripada Resipi Emak!

p/s: jenguk² lah selalu blog ini ya 🙂

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)