Projek 2010 – Hamper Raya

Salam dan Hai kepada semua pengunjung dan fans Resipi Emak 🙂

Hari ini RE ada sedikit masa terluang, jadi boleh la kongsikan sedikit cerita projek raya 2010. Memang dah lama RE nak kongsikan tentang projek raya 2010 namun tidak berkesempatan nak mengarang idea yang dah lama berlegar² dalam fikiran ni. Awal tahun 2011 ini memang masa yang agak sibuk bagi RE.

Salah satu projek yang telah diberikan kepercayaan kepada RE untuk hasilkan semasa musim raya 2010 yang lalu adalah 30 buah mini hamper raya dan 7 buah hamper raya bersaiz besar.

Mini hamper raya adalah tempahan dari Petronas Rembau, iaitu pelanggan setia RE. Sebanyak 30 buah hamper raya mini telah ditempah dengan warna tema ‘gold’ dan ‘silver’. Terdapat 2 jenis kuih raya dan 1 jenis cookies dari Resipi Emak telah dimuatkan di dalam hamper mini raya ini. Kuih raya dan cookies tersebut dibungkus di dalam plastik yang di’seal’ dan kemudian diisikan ke dalam uncang doorgift berwarna ‘gold’ dan ‘silver’. RE memilih uncang yang berkain jarang agar rupa bentuk kuih raya masih boleh dilihat dari luar hamper. Barulah menarik :). Setelah kuih² raya dan cookies diisi ke dalam uncang, ia dimasukkan pula ke dalam kotak berwarna ‘gold’ dan ‘silver’ sebagai ‘base’ hamper. Akhir sekali, RE menggunakan plastik hamper berwarna ‘gold’ dan ‘silver’ sebagai pembalut dan dihiasi denga ribbon organza berwarna ‘bronze’ dan ‘hitam’. RE agak berpuas hati dengan hasil akhir hamper ini kerana ini adalah pengalaman RE pertama kali menghasilkan hamper raya dalam kuantiti yang agak banyak dengan peruntukan masa singkat yang diberikan :). Berikut ialah gambar hamper raya mini yang telah siap dibungkus. Maaf kalau gambar kurang jelas sebab RE ambil pakai kamera ‘handphone’.

Mini Hamper Raya – Tema Silver
Mini Hamper Raya – Tema Gold

Tempahan kedua pula adalah tempahan hamper raya bersaiz besar. Hamper raya yang ditempah adalah untuk diberikan kepada petugas² JPA yang terpaksa bertugas semasa malam raya. RE memuatkan 2 jenis kerepek, 3 jenis kuih raya dan 1 jenis cookies Resipi Emak untuk hamper raya ini. Warna tema dan pembungkusan adalah sama dengan hamper raya mini. Cuma RE telah menggunakan container kuih yang lebih besar dan bercorak untuk mengisi kuih raya kerana kuantitinya lebih banyak berbanding mini hamper raya . Harapnya para petugas JPA gembira menerima hamper raya tersebut demi mengubat hati yang sedih kerana terpaksa bertugas di malam raya. Berikut adalah gambar hamper raya tersebut yang telah siap dibungkus.

Hamper Raya Saiz L
Hamper Raya Saiz L – Close Up

Selain daripada musim perayaan, RE juga menyediakan perkhidmatan menghasilkan hamper untuk majlis² lain sepanjang tahun. Sesiapa yang berminat untuk menempah hamper, bolehla menghubungi RE melalui telefon atau pun email. Sekian sahaja coretan RE untuk kali ini.

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)