It’s time to be back!!

Salam dan Hi kepada semua fans Resipi Emak dan tidak lupa juga kepada pengunjung² baru.

Maaf kerana RE kurang aktif ber’blog’ selepas selesai Projek Hari Raya 2010. Ini kerana setelah berehat beberapa minggu, RE sibuk pula menghadiri kenduri-kendara di kampung dan juga menguruskan kerja² pentadbiran RE yang lain. Jadi agak kesuntukan masa untuk duduk di hadapan komputer dan ber’blog’ :). Namun begitu keadaan sudah agak stabil sekarang, RE sedikit sebanyak dapat meluangkan masa dan mendapat ilham untuk ber’blog’ semula. Diharap semua fans dan pengunjung akan terus setia melayari Resipi Emak untuk pelbagai info menarik.

Terbaru, RE sedang sibuk bekerjasama bersama penasihat RE, siapa lagi kalau bukan Emak tersayang. RE sedang merancang dan membuat persiapan ‘cookies door gift’ untuk majlis perkahwinan adik perempuan RE yang bakal berlangsung hanya beberapa bulan sahaja lagi.

Cookies Door Gift yang bakal RE hasilkan untuk majlis ini terdapat dalam 2 saiz, iaitu ‘Mini Chocolate Chip Cookies’ dan ‘Giant Chocolate Chip Cookies’. Idea Mini Cookies datangnya dari Emak, manakala Giant Cookies adalah idea RE sendiri. Kedua²nya adalah tidak sama dengan saiz cookies yang telah biasa RE hasilkan untuk jualan sebelum ini. Mini Chocolate Chip Cookies adalah untuk diisi di dalam bakul door gift untuk diberikan kepada tetamu² dewasa. Manakala Giant Chocolate Chip Cookies pula adalah untuk diberikan kepada tetamu² kecil. Berikut ialah Giant Cookies yang pernah RE hasilkan sebelum ini untuk Majlis Hari Jadi. Tetapi bagi Giant Cookies kali ini, RE sedang merancang untuk menjadikan bentuknya lebih bulat dan meletakkan lebih banyak chocolate chips di atas nya.




Setakat ini, RE masih lagi dalam proses menyediakan barang² dan juga jadual untuk menyiapkan Projek Door Gift ini. Maklumlah, selain daripada membuat cookies, RE juga mempunyai komitmen dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, haruslah diatur dengan sebaiknya agar semua yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNya. Jangan risau, RE pasti akan berkongsi hasil akhir Mini Cookies dan Giant Cookies dalam blog Resipi Emak apabila semuanya sudah siap nanti. Harapan RE, semoga semua fans dan pengunjung mendoakan projek ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

p/s: RE akan berusaha untuk mengemaskini blog ini sekerap mungkin untuk tatapan fans tersayang 🙂

Kongsikan dengan rakan anda!