Daiso

Salam dan Hai kepada semua 🙂

Kali ini RE nak ‘review’ sikit tentang sebuah kedai menjual barangan keperluan rumah iaitu Daiso.

Rangkaian kedai Daiso adalah sebenarnya berasal dari Jepun. Bermula sebagai kedai menjual perkakasan rumah pada tahun 1972 dan kemudiannya dikenali dengan nama Daiso sejak tahun 1977. Sejak itu Daiso telah berkembang dan membuka lebih banyak cawangan lagi. Sehingga kini sebanyak 2570 cawangan Daiso telah dibuka di Jepun sahaja. Manakala cawangan Daiso di luar Jepun dianggarkan telah mencapai 550 buah cawangan di sekitar 24 buah negara termasuklah Malaysia. Kini Daiso bukan sahaja menjual barangan keperluan rumah, malah juga menawarkan barangan kelengkapan untuk hobi, alat tulis dan juga barangan keperluan sekolah dan pejabat.

Bagi para pembuat biskut dan kek, pastinya akan tertarik dengan pelbagai peralatan membuat kek dan biskut yang sangat comel dan menarik. Terdapat pelbagai bentuk ‘cookie cutter’ dan juga ‘cupcake liner’ pelbagai saiz, bentuk,corak dan warna. Kepada para pembuat ‘hamper’, ‘gift set’ atau ‘doorgift’, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis plastik pembungkus hadiah dan juga kertas pembalut hadiah pelbagai corak.


Daiso Melaka


Love Shape Cookie Cutter & Cupcake Liner


Colorful Cupcake Liner

Start Shape Cookie Cutter

Cupcake Liner

Kepada yang teringin berkunjung ke Daiso, berikut ialah lokasi Daiso di seluruh Malaysia:

Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Alamat : 2nd Flr,1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah,MALAYSIA.

Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Alamat : 7th Floor, CPS Tower Centre Point Sabah No.1 Jalan Centre, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.

Lokasi : Damansara, Selangor.
Alamat : Curve, 2nd Floor, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

Lokasi : Puchong, Selangor.
Alamat : Second Floor, IOI Mall, Batu 9, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, MALAYSIA.

Lokasi : Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Alamat : Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Lokasi : Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Alamat : One Utama, LG Floor, Bandar Utama City Centre Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Lokasi : Bandar Sunway, Selangor
Alamat : Sunway Pyramid Shopping Mall, No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Lokasi : Dataran Pahlawan, Melaka
Alamat : Level 1, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir, Melaka, MALAYSIA.

Lokasi : JUSCO MELAKA
Alamat : LOT-S33 . NO.2 Jalan Legenda, Taman1-Legenda, 75400, Melaka, Malaysia

Lokasi : Johor Bahru, Johor.
Alamat : AEON Bukit Indah, No 8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor, MALAYSIA.

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)