Selamat Ber’Open House’ Raya 2010


Salam Lebaran buat semua pengunjung & fans Resipi Emak yang beragama Islam.

Maaf kerana sudah masuk sebulan lamanya kami tidak dapat meng’update’ blog ini. Harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kami ingin memohon Maaf Zahir dan Batin di atas segala kesilapan dan kekurangan kepada semua pengunjung dan juga pelanggan kami. Maklumlah kami hanya hamba Allah yang pastinya ada melakukan kesilapan.

Dalam bulan Syawal ini, pastinya ramai yang sibuk pada waktu hujung minggu menghadiri rumah² terbuka Aidilfitri. Makan tu makan juga tapi beringatlah jangan sampai ter’over’ makan ye. Dan juga tidak lupa kepada yang sibuk membuat persiapan mengadakan rumah terbuka untuk menjamu saudara mara dan sahabat handai. Semoga segala persiapan yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNya.

Resipi Emak juga ingin memberitahu di sini, kami akan BEREHAT buat sementara waktu daripada menerima sebarang tempahan sehingga akhir tahun ni (Disember 2010). Bukan apa, terdapat beberapa kerja² pentadbiran yang perlu kami selesaikan dan selepas itu kami akan meluangkan masa bercuti bersama keluarga setelah berbulan² bekerja keras semenjak awal tahun. Yelah, berniaga tu berniaga juga, namun masa bersama keluarga juga harus diluangkan sekali sekala 🙂 . Walaubagaimanapun, jangan risau kepada pengunjung² setia Resipi Emak kerana kami masih akan meng’update’ blog dengan info² menarik untuk tatapan semua sambil² ‘berehat’. Banyak info dan produk dari Aidilfitri 2010 yang ingin kami kongsikan bersama semua.

Apa pun, Resipi Emak berharap semua dapat bergembira bersama melawat saudara dan sahabat handai di bulan Syawal yang mulia ini.

Kongsikan dengan rakan anda!

Comments

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)