Marketing di internet dan Tart Nanas

Salam sejahtera semua. Sekarang ni di Johor Bahru cuaca tak menentu, ada masanya hujan dari pagi sampai ke petang dan ada masa pulak panas terik sepanjang hari. Diharap anda sekeluarga menjaga kesihatan sentiasa ya!

Current update untuk Projek Kuih Raya 2010, semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan. Cuma beberapa hari yang lalu saya dan pembantu-pembantu ambil cuti 2 hari kerana saya kurang sihat. Gara-gara banyak minum ais 🙂 …

Sudah masuk tahun ke-3 kami memasarkan kuih raya di internet. Kalau 10 tahun dulu, mungkin orang ketawa kalau kita katakan nak berniaga kuih raya di internet. Hehe. Tapi sekarang ni era internet, semua informasi di hujung jari.

Ada juga yang bertanya soalan-soalan yang berkaitan tips berniaga di internet ni. Mungkin kalau ada kesempatan saya akan himpunkan satu entri berkaitan tips-tips. Bagi saya salah satu faktor penting ialah gambar. Kebanyakkan gambar di dalam blog ini di ambil Mr. Hubby. Kami gunakan kamera digital biasa sahaja. Tak perlu beli kamera SLR, cukuplah kamera 6 megapixel, hehe. Yang penting gambar itu mestilah jelas dan terang, barulah orang tertarik untuk merasa sampel 🙂 . Cuba tengok gambar di bawah. Cantik tak tart ni? Mesti ramai yang teringin merasa sampel kan?

Saya nak cerita sikit pasal tart nanas kakak ipar ni. Kemasan tepi Tart ni disepit dengan penyepit tangan tradisional. Sekarang ni susah nak jumpa Tart yang ada kemasan teliti macam ni. Dulu Tart ni ada juga dijual di Resipi Emak, tapi order yang kami ambil terhad sebab kakak ipar sentiasa sibuk. Tapi bagi sesiapa yang hampa dulu, kini bolehlah merasa resipi turun temurun ni, lawati suterabiru-cake.blogspot.com atau emel beliau zarina_zack@yahoo.com (reen).

Kongsikan dengan rakan anda!

Comments

  1. Salam.. Thanks for the info… betul cakap akak.. tengok gambar je dah terliur… yang penting, biarlah semuanya ikhlas… keikhlasan tu boleh nampak.. semuanya nampak sempurna walaupun no body is perfect… anyway.. thanks..

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)