BeeZee Bee – Countdown 2010

Salam kepada semua pengunjung setia & pengunjung baru ResipiEmak.

Kami di ResipiEmak memohon maaf kerana sudah agak lama tidak berkesempatan mengemaskini blog. Situasi sekarang agak sibuk. Bermula dengan tempahan cookies untuk Hari Raya Aidil Adha. Kemudian diikuti tempahan dari pelanggan yang sudah mula merindui Chocolate Chip Cookies ResipiEmak yang pernah ditempah pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Pada awal Disember, kami di ResipiEmak telah memulakan projek baru ‘Wedding Cookies’. Alhamdulillah setakat ini 2 orang pelanggan telah memberi kepercayaan kepada kami dengan membuat tempahan ‘Wedding Cookies’ untuk dijadikan hantaran pertunangan dan perkahwinan dan juga sebagai cenderahati atau door gift majlis perkahwinan. Kepada yang tertanya2 bagaimanakah rupa bentuk ‘Wedding Cookies’ yang dimaksudkan. Berikut ialah contoh imej ‘Wedding Cookies’ dari laman web Rolling Pin Productions.

Image from Rolling Pin Productions

Bersempena perayaan Krismas yang bakal menjelang tiba, kami di ResipiEmak sedang sibuk menyiapkan tempahan 300 pek door gift dan 1200 keping Chocolate Chip Cookies dari pelanggan di Singapura. Semua tempahan perlu disiapkan sebelum 25 Disember 2009. Selepas itu, ResipiEmak akan bercuti selama seminggu menantikan kedatangan Tahun Baru 2010. ResipiEmak akan kembali beroperasi pada 4 JANUARI 2010. Sehingga bertemu kembali pada tahun 2010.

Happy Holidays, Merry Xmas and Happy New Year to ALL!!!

Image from www.mygreatgrandfathers.com

Kongsikan dengan rakan anda!