Selamat Menunaikan Ibadah Haji


Salam Sejahtera kepada semua pengunjung ResipiEmak.

Tentunya ramai yang sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai meraikan bulan Syawal yang masih segar terasa sehingga pertengahan bulan Oktober. Malahan sehingga ke saat ini ada juga yang masih mengadakan rumah terbuka bagi menyambut sahabat handai walaupun Syawal telah berlalu.

Bagi kami di ResipiEmak, di samping sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai, aktiviti harian juga sudah mula sibuk selepas seminggu berhari raya. Melayan tempahan pelanggan untuk rumah terbuka dan ada juga pelanggan berbangsa India yang membuat tempahan untuk perayaan Diwali. Tidak lupa pelanggan-pelanggan yang bakal mengadakan majlis perkahwinan sempena musim cuti persekolahan pada bulan Disember nanti, sudah mula membuat tempahan cookies untuk dijadikan ‘door gifts’ dan hantaran perkahwinan.

Kami di ResipiEmak juga akan mengadakan promosi bagi pakej majlis perkahwinan bersempena musim cuti sekolah yang bakal bermula. Inilah peluang keemasan kepada pelanggan-pelanggan yang sedang sibuk mencari idea untuk dijadikan door gifts atau cenderahati utk tetamu. Oleh itu, nantikan promosi kami dan anda pasti berpuas hati dgn pakej yang ditawarkan.

Akhir sekali, kami di ResipiEmak ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada umat Islam yang telah pun mula berangkat ke Tanah Suci Mekah bermula 20 Oktober 2009 untuk menunaikan rukun Islam kelima. Doa kami, semoga para jemaah selamat pergi dan pulang ke pangkuan keluarga.

Kongsikan dengan rakan anda!