Projek Raya: Hamilton

Salam buat semua pengunjung Resipi Emak.

Setelah lebih 2 minggu berhari raya dan menghadiri open house sana sini, kami kembali memulakan bisnes seperti biasa. Kali ini giat berpromosi dan melayan tempahan ejen juga pelanggan untuk Open House Raya, majlis perkahwinan (ramai juga org yg buat majlis kahwin pada bulan Syawal), Deepavali dan Krismas.

Sedikit update, selain daripada tempahan pelanggan perseorangan dan Combo Sets Raya, kami juga telah menyiapkan tempahan sebanyak 13500 keping cookies daripada Hamilton, Singapura.
Cookies² ini diisi di dalam bekas lutsinar dan dihiasi selotep berwarna emas beserta ucapan ‘Selamat Hari Raya’ khas untuk diedarkan kepada para pekerja syarikat Hamilton di Singapura.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Hamilton yang telah membuat tempahan dan memilih cookies ‘Oat & Almond’ utk pakej ini.

Produk ini juga sesuai dijadikan cenderahati atau door gift semasa majlis perkahwinan dan open house. Boleh ditambah perhiasan seperti riben dan bunga mengikut kesesuaian sekiranya bertujuan utk dihadiahkan kepada golongan VIP. Kepada yang berminat utk membuat tempahan, boleh hubungi 017 751 4363 (Farhana) atau hantarkan email ke resipiemak@gmail.com.

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)