Update Dari Resipi Emak

Sehingga saat ini, delivery untuk kuih-kuih raya (individu dan agen) telah hampir 80% complete. Hanya gift set untuk syarikat korporat masih in-progress. Alhamdulillah, segalanya masih mengikut perancangan dan jadual. Mengikut jadual, esok kesemua baki kuih raya akan diambil oleh semua pelanggan, termasuk gift set tersebut. Insya-Allah. Esok pada 16 Sep, 100% completion!

Segala perancangan telah dilakukan dengan rapi sebelum Ramadhan lagi. Namun kita hanya mampu merancang…kan? Mulanya kami telah menetapkan tarikh akhir untuk ambil order ialah minggu pertama Ramadhan. Namun minggu kedua masih ada juga order yang kami ambil. Tapi, ada juga yang masih mahu menambah atau buat order baru tatkala di akhir-akhir Ramadhan ini.

Harap maaflah kepada mereka yang terpaksa kami ‘hampakan’. Mungkin tahun depan dengan perancangan lebih rapi dan manpower yang bertambah, kami dapat meningkatkan kapasiti output (quote from my hubby…heheh).

Mengikut perancangan, kami akan beroperasi kembali pada 1 Oktober 2009. Jadi tunggu ya!

Kongsikan dengan rakan anda!

Comments

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)