Resipi Puding Roti Berkismis dengan Sos Kastad

Hai semua…berikut adalah resipi puding roti dengan sos kastad bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba…

Bahan Puding

500ml susu segar
8 keping roti
* 4 tbsp Gula Halus
* 4 tbsp Butter (dicairkan atas api sebentar)
* 2 biji telur
* 1 tsp Esen Vanilla
* 1 tbsp Tepung Jagung
*2 tbsp kismis

Bahan Sos

1 tin susu cair
2 tbsp Tepung Kastad
2 tbsp gula

Cara:

1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
2. Gaul rata bahan bertanda * dan masukkan ke dalam loyang.
3. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak.
4. Untuk sos, gaulkan bahan sos dan masakkan atas api yg sederhana sebentar.
5. Tuang sos di atas puding semasa menghidang.

Puding roti ini sesuai dihidangkan dalam keadaan sejuk semasa minum petang.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)