Hamper Hari Raya: Cookies Gift Set

Dah lepas Hari Raya ni baru la saya ade masa terluang sikit nak update blog…So sekarang saya nak share dengan semua pengunjung resipiemak.blogspot.com sedikit sebanyak aktiviti yang membuatkan saya agak busy semasa bulan Ramadhan yang lepas…Salah satu tempahan yang saya dapat adalah ‘Cookies Gift Set’ untuk Hari Raya…

Idea untuk buat Hari Raya Cookies Gift Set ni datangnye dari kawan saya, Husna yang berada jauh nun di Australia. Oleh kerana tahun ini merupakan tahun pertama Husna sekeluarga tidak dapat balik beraya, maka Husna telah meminta saya menghias balang2 kuih raya sebagai gift set untuk dikirimkan kepada keluarganya di Perak sebagai pengganti dirinya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah gambar gift set yang telah saya siapkan dan telah pun dihantar kepada keluarga Husna 2 minggu sebelum menjelangnya Hari Lebaran…

Ini adalah gambar cookies disusun di luar gift box…

Kedudukan balang cookies di dalam kotak…

Balang cookies disusun dari sudut yang berlainan…Balang kecil berisi kuih tart, container transparent di bahagian bawah berisi Chocolate Chip Cookies & container transparent yang di atas berisi kuih raya pilihan Husna…

Balang yang comel dihias bersama riben ini diisi dengan kuih tart buatan kakak ipar saya…

Ini adalah saiz & rupa sebenar balang kecil…juga digunakan untuk packaging cookies 170gm…

Inilah die kuih tart buatan kakak ipar saya yang sedap itu…susah nak cari kuih tart macam nih sekarang ni…

Ini adalah gift box setelah diisi balang2 cookies di dalam nye…saya letakkan tag kecil yang diprintkan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ berserta nama Husna sekeluarga…tag tu nampak sangat comel (puji diri sendiri..hehehe)

Ini pula gift box yang diletakkan ribbon warna merah ala2 maroon…

Special credit to my beloved husband….coz shooting untuk gambar2 di atas adalah hasil arrangement dan idea my beloved hubby. Juga terima kasih kepada Puan Rabeatul Husna sekeluarga kerana sudi menjadi pelanggan pertama Cookies Gift Set Hari Raya dari resipiemak.blogspot.com.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cookies gift set seperti di atas, bolehla hubungi saya.

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)