Tempahan, Syarat & Terma

Salam semua!

Maaf kerana agak sibuk menjadi ‘tauke’ kebelakangan ni…hehe. Oh ya! Di sini saya ingin update sedikit mengenai terma & syarat jual beli. Ini untuk kemudahan anda semua sebagai pelanggan (yang setia, hehe) & juga memudahkan saya menguruskan setiap pesanan. 🙂

Cara Tempahan

TEMPAHAN COOKIES DITERIMA SEPANJANG MASA, SEPANJANG TAHUN.

Majlis Istimewa:Perkhidmatan bungkusan khas/istimewa untuk tujuan majlis istimewa seperti Hari Jadi, Hamper Hari Perayaan atau sebagai hadiah Buat Yang Tersayang juga disediakan dengan harga yang berlainan.

(1) Hantarkan maklumat tempahan melalui email kepada resipiemak@gmail.com atau sms kepada 017-751 4363 (FARHANA).

  • NAMA:
  • NO TELEFON:
  • TARIKH(tarikh ingin ambil tempahan):
  • MASA PENGAMBILAN:
  • KUANTITI:
  • SAIZ:
  • LAIN² MAKLUMAT YG DIRASAKAN PERLU:

(2) Tunggu jawapan/reply dari saya (untuk mengesahkan samada tempahan masih boleh dibuat untuk tarikh yang telah dipilih)

(3) Pelanggan diminta sms/telefon/email sekurang-kurangnya 4 HARI sebelum tarikh pengambilan tempahan untuk mengesahkan tempahan sekali lagi.


Syarat & Terma

(1) Bayaran 50% hendaklah didepositkan selewat-lewatnya 2 hari selepas tempahan dibuat. Bayaran boleh dibuat kepada bank Maybank (No Akaun akan diberikan melalui email).

(2) Cara Pengambilan Cookies:

  • Perkhidmatan Penghantaran disediakan dengan kadar bayaran mengikut kawasan.
  • Penghantaran melalui pos laju juga boleh diuruskan bagi para pelanggan yang tinggal di luar kawasan Johor Bahru di mana kos penghantaran pos ditanggung oleh pembeli.
  • Pelanggan yang berada di kawasan Johor Bahru juga boleh datang mengambil sendiri tempahan cookies di Perling Mall (Taman Perling) atau boleh buat temujanji untuk berjumpa di mana-mana di kawasan berdekatan(Jusco Bukit Indah, Giant Nusa Bestari, Petronas Kobena, Kipmart).
  • Bagi pelanggan yang tinggal di Singapura, penghantaran ke City Square, KTM atau Stesen Bas Larkin boleh diuruskan dengan pembelian kuantiti banyak. Perkhidmatan penghantaran terus ke Singapura juga boleh diuruskan sekiranya pelanggan membuat tempahan dalam kuantiti banyak. Kos penghantaran ke Singapura adalah bergantung kepada jarak dari Taman Perling, Johor Bahru,waktu penghantaran dan cukai kastam.

Terima kasih. 🙂

Kongsikan dengan rakan anda!

Komen dan maklum balas anda amat saya hargai.... :)