World Bloggers & Social Media Awards 2012

Salam & Hi to all!

Resipi Emak is participating as one of the nominees for World Bloggers & Social Media Awards 2012 in Best F&B; Blog category. The Bloggers and Social Media Awards are designed for individuals, companies and organizations to highlight their achievements in the new media arena.

The World Bloggers & Social Media Awards 2012 will be held in Kuala Lumpur, Malaysia. The awards will highlight the work of some of the best from the social media fraternity of global and local social media practitioners.

If you wish to nominate your favorite brand, blog or company to enter the awards, you can nominate online to increase their chances of winning! Submitting nominations is free. To vote for your favorite blogs, just follow the steps below:

- Click on the list of categories nominated.
- Choose your favorite blog
- Click on Vote button to vote.
- If you are a new voter, please proceed to signup

Public vote constitutes 80% to the overall judging process of the nomination. So the more you vote the better chance your nominee stands to win the award!

Nominations closes on 31st January 2012.
Voting online will end on 6th February 2012.

So to all our beloved fans, grab your chance to vote for Resipi Emak NOW!
We thank you all for your support.

Promosi Istimewa Chinese New Year.

Salam dan Hai kepada semua!

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, Resipi Emak membuka tempahan istimewa dalam saiz 600gm. Tempahan dibuka hanya untuk CHOCOLATE CHIP COOKIES kami yang popular di setiap musim perayaan. Harga istimewa untuk Chocolate Chip Cookies 600gm ialah RM30.00. Tempahlah sekarang dengan menghantarkan email ke resipiemak@gmail.com atau telefon/sms 017 751 4463(Farhana).

CHOCOLATE CHIP COOKIES

600gram

RM30.00 SAHAJA!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jalapeno Cheese Powder NOW AVAILABLE!

Jalapeno Cheese Powder is now AVAILABLE at Resipi Emak. 
Promotional price RM7.00 for 100gm of Jalapeno Cheese Powder (Not including postage). 
Email to resipiemak@gmail.com for order/more details.

JALAPENO CHEESE POWDER is best served with macaroni, pasta, baked potato, nachos, baked rice, chicken steak, chicken chop, nugget, fries & potato wedges. 

Image from snackscorner.blogspot.com

Selamat Tahun Baru 2012

Salam dan Hai kepada semua!

Tinggal beberapa hari saja lagi akan tiba tahun baru 2012. Resipi Emak ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 kepada semua pelanggan dan pengunjung blog ini. Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh cabaran buat kami di Resipi Emak. Terima kasih buat semua pelanggan, pembekal, staf dan ahli keluarga yang menyokong kami sepanjang tahun 2011 yang bakal berakhir ini. Semoga tahun 2012 menjanjikan seribu satu pengalaman yang baru buat kita semua. Selamat Datang 2012!

 

Kursus Bakeri dan Kulinari

Salam dan Hai kepada semua pembaca!

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2012. Saya pasti ramai yang telah dapat mencapai resolusi dan ‘target’ 2011 dan sedang merancang ‘target’ baru 2012 pula. Begitu juga kepada adik-adik kita yang baru mengambil keputusan peperiksaan PMR baru-baru ini. Ada yang cemerlang dan ada juga yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan. Itulah asam garam kehidupan. Kadang-kala kita tidak mendapat apa yang kita impikan kerana ‘belum’ tiba masanya buat kita. Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Kita perlu terus berusaha serta jangan berputus asa mengejar impian! Apa yang penting ialah bagaimana kita bangkit dari kegagalan atau kejatuhan kita.

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai program kulinari. Saya telah berpeluang mendapatkan info ini pada hujung minggu yang lalu di Facon Education Fair yang berlangsung di Persada Johor. Saya rasakan info ini amat berguna terutamanya kepada adik-adik kita yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM pada bulan November lalu.

Bagi adik-adik yang sedang meninjau program yang ingin dipilih untuk melanjutkan pelajaran nanti, mungkin anda boleh mempertimbangkan bidang penyediaan makanan, bakeri dan kulinari. Terdapat beberapa kolej, institut atau akademi yang menawarkan program dalam bidang bakeri dan kulinari di Malaysia. Berikut disenaraikan info ringkas mengenai program-program yang ditawarkan:

Malaysian Institute of Baking (MIB)

Kursus yang ditawarkan:
Diploma in Baking Science & Technology (BST)
Advance Certificate in Baking
Certificate in Baking
Certificate in Cake Decoration

Maklumat untuk dihubungi:
Malaysian Institute of Baking
11, Jalan 52/8, New Town,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03 7956 9011 / 7956 9043 / 7955 2950
Emel: info@mib.edu.my
Laman web: www.mib.edu.my


Sugarcraft Baking & Culinary Academy

Kursus yang ditawarkan:
Certificate in Baking Science & Technology (Kursus Bakeri Sepenuh Masa)
Certificate in Cooking Science (Kursus Seni Kulinari Sepenuh Masa)
Certificate in Baking (Kursus Separuh Masa)
Certificate in Baking & Culinary Arts (Kursus Pendek)
Certificate in Cake Decoration (Kursus Pendek)

Maklumat untuk dihubungi:

Kampus KL
Sugarcraft Baking & Culinary Academy Sdn. Bhd.
No. 70, First Floor,
Jalan Radin Tengah
Bandar Baru Seri Petaling
57000 Kuala Lumpur
(Sebelah KFC)

Telefon:  03 9058 7910 / 6292
Fax: 03 9057 6558

Kampus Johor Bahru
Sugarcraft Baking & Culinary Academy Sdn. Bhd.
No 43, Jalan Harmonium 33/1,
Taman Desa Tebrau,
Johor Bahru,
81100 Johor

Telefon: 07 352 8822
Fax :07 357 8822

Emel: enquiry@sugarcraft.edu.my
Laman web: www.sugarcraft.edu.my

INSTITUT HOSPITALITI YPJ (IHYPJ)

Kursus yang ditawarkan:
Diploma Pengurusan Perhotelan
Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari

Maklumat untuk dihubungi:
Institut Hospitaliti YPJ
3 Jalan Seri Perkasa 1/4
Taman Tampoi Utama
81200 Johor Bahru

Telefon: 07 2415384 / 07 2415386
Fax : 07 2415385
Emel:  mahalias@yahoo.com

Laman web: hospitalitiypj.blogspot.com

Silverspoon International College (SSiC)

Kursus yang ditawarkan:
Advance Diploma in Culinary Arts
Diploma in Food Preparation and Cooking
Diploma in Patisserie
Diploma in Food & Beverage Service
SKM Certificate in Culinary Arts
SKM Certificate in Patisserie Arts
SKM Certificate in Food & Beverage Service
Action P.A.C.K – Pastry and Culinary Kookout (Kursus Sehari)
Teachers P.A.C.K – (Kursus Hujung Minggu)
Home Inspired P.A.C.K – (Kursus Sehari)

Maklumat untuk dihubungi:
12-12a, Jalan OP 1/3,
Pusat Perdagangan One Puchong,
Off Jalan Puchong,
47160 Puchong, Selangor.

Telefon:  03 8075 9923
Fax : 03 8076 9953
Emel: info@silverspoon.edu.my

Laman web: www.silverspoon.edu.my

Silver Chef Creations

Kursus yang ditawarkan:
Diploma in Patisserie (Kursus Sepenuh Masa)
Certificate in Baking (Kursus Separuh Masa)

Maklumat untuk dihubungi:
Professional Baking & Culinary Arts Academy
Lot 2-7 & 2-8, 2nd floor, PV128, Jalan Genting Kelang,
Setapak, 53300, Kuala Lumpur.

Telefon: 03 41317228
Fax : 03 41317228
Emel: enquiry@silver-chef.com

Laman web: www.silver-chef.com

ECOLE DE PATISSERIE SDN. BHD.  (SCHOOL OF PASTRY)

Kursus yang ditawarkan:
Advanced Diploma in Patisserie
Diploma in Patisserie
Certificate in Patisserie (Kursus Sebulan)
Professional Courses (Wedding Cake, Contemporary Platted Desserts, Cakes & Gateaux,
Patisserie on Chocolate Theme,Chocolate Work, French Pastries, Individual Gateaux, Sweet Petit Four,Work with Marzipan, Novelty Cake & Sugar Figurines, Frozen Desserts,Tarts & Pies,
Butter Sculpture)

Maklumat untuk dihubungi:
ECOLE DE PATISSERIE SDN. BHD.  (SCHOOL OF PASTRY)
17-1 &  17-2, Jalan PJU 8/5A Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Near IKEA or One Utama)

Telefon: 03 77221621 / 012 3086362 (ANDREW)
Fax: 03 7726 6362
Emel: admin@faithbaking.com

Laman web: www.faithbaking.com

Butter and Olive Baking Academy

Kursus yang ditawarkan:
Diploma in Patisserie & Practice Taiwan (Kursus Sepenuh Masa)
Certificate of Proficiency in Baking (Kursus Separuh masa)
Cake Decoration Course (Kursus Pendek)

Maklumat untuk dihubungi:

Cawangan Kuala Lumpur (HQ)
Butter and Olive Baking Academy Sdn Bhd (Co. No. 898059-D)
No 32-1, Jalan Puteri 2/5, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Telefon: 03 8068 6249
Fax: 03 8068 6249
H/P: 016 215 3351

Cawangan Johor Bahru
60, Jalan Indah 8/15,
Taman Bukit Indah,
81100 Johor Bahru
(near Bukit Indah Jaya Jusco)
Telefon: 07 232 5568
Fax:  07 232 5568
H/P: 016 215 3351

Cawangan Pulau Pinang
No 332-A, Ground Floor,
Perak Road 11600,
Penang.

Tel : 04 281 8233
H/P : 016 455 6666

Emel: info@butterandolive.com
Laman web: www.butterandolive.com

Diharapkan maklumat ringkas yang telah saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog Resipi Emak. Terutamanya adik-adik yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang bakeri, juga mungkin bermanfaat bagi kaum wanita yang berminat untuk menambah kemahiran dalam bidang bakeri terutamanya surirumah atau usahawan kecil seperti saya :)

Muffin Wedding Doorgift

Salam dan Hai kepada semua!

Agak lama juga saya tidak meng’update’ entri baru dalam Resipi Emak. Saya pasti ramai antara pembaca blog ini pastinya masih sedang menikmati percutian bersama pasangan atau keluarga. Tidak ketinggalan juga yang sedang membantu persiapan untuk majlis perkahwinan. Maklumla di penghujung tahun, biasanya adalah musim percutian dan majlis perkahwinan. Jadi saya pun tak ketinggalan turut sama memenuhi undangan perkahwinan salah seorang sahabat sambil bercuti-cuti Malaysia bersama suami :) .

Selepas pulang dari percutian, saya telah mula sibuk dengan tempahan-tempahan untuk doorgift perkahwinan, perayaan Krismas yang bakal menjelang dan juga Chinese New Year. Berikut adalah beberapa shot chocolate chip muffin yang dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan Nurliana dari Pasir Gudang pada 11 Disember 2011. Selamat Pengantin Baru!




Muffin ini terdapat dalam beberapa perisa iaitu Chocolate Chip, Vanilla, Orange Poppy Seed dan Blueberry.
Kepada yang berminat untuk membuat tempahan muffin doorgift, boleh hantarkan email ke resipiemak@gmail.com atau hubungi 017 751 4363 (Farhana).